Aida Sue

Hamil Trimester Pertama – Cabaran, Alahan, Tips Semasa Mengandung

IMG_1027

Assalamualaikum semua,

Harap semuanya sihat sejahtera ( dah macam intro surat puleks ). Okay first of all, saya nak share ni untuk pembacaan dan kenangan saya sendiri lepas selamat bersalin nanti bolehlah baca dan suruh anak baca :'). Memandangkan ini first pregnancy kita, jadi memang I don't know what to expect when you're expecting gitu.

Alahan dan simptom mengandung trimester pertama

First of all, masa trimester pertama, alhamdulillah alahan mengandung tu ada, tapi tak teruk sangat macam orang lain. Selera makan pun okay ( read : melahap dengan jayanya kahkahkah ). Disebabkan saya tahu saya mengandung lebih kurang dah 4minggu hingga 5 minggu, jadi saya mengalami alahan sekitar 2 bulan sahaja. Sebelum saya terlupa, macam mana saya tahu saya mengandung? Tak tahulah kuasa Allah swt ke macam mana, few days sebelum saya buat Urine Test sendiri di rumah, saya ada bermimpi yang saya usap perut saya dan mengatakan ada baby girl dalam perut tu. Lepas mimpi tu saya terus tersedar dan berdebar-debar. Rasanya saya mimpi lebih kurang few days lepas birthday saya kot pada tahun lepas. Rasa terharu, pilu, sedih, gembira semua bercampur baur masa tu. Tapi saya tak letak harapan tinggi sebab masa ni baru sangat kahwin dan umur kami pun boleh tahan 'muda'. So lepas dapat mimpi tu, saya pun saja buat Urine Test memandangkan period pun lewat 2-3 hari. Kahkahkah kau bayangkan lewat 2-3 hari je kot, gigih nau. Alhamdulillah UPT double line. Macam tak percaya sangat masa ni, kaget juga sebab tak tahu nak expect apa. Alhamdulillah sekali lagi mommy sihat walafiat dan tak sabar nak tengok baby. Doakan kita okay? 🙂

Antara alahan yang saya alami

Morning/night sickness - okay, morning sickness atau muntah-muntah ni bukan sahaja berlaku pada awal pagi tau, tapi malam pun boleh muntah-muntah. Saya akan alami muntah teruk kalau over makan ( like seriously muntahkan habis semua ) dan bila minum air kosong. Terus tekak rasa loya teruk.

Badan gatal-gatal - ni saya alami bermula bulan ketiga mengandung. Teruk gatal-gatal badan yang saya alami sampai sekarang ( 7 bulan ) masih ada. Tapi apa yang saya baca, ini semua berlaku akibat perubahan hormon badan. Jadi para ibu jangan risau, insyaAllah rajin sapukan bedak berubat, mandi selalu atau sapukan minyak virgin oil or vitamin E untuk mengurangkan rasa gatal atau hilangkan parut k?

Alahan bau wangi - pelik tapi benar. Saya memang tak boleh bau losyen kuat atau sabun yang terlalu wangi. Rasa nak marah je! kahkahkah sanggup pakai sabun Dettol bau macam ubat gegat tu dek kerana tak tahan bau sabun wangi. Benda ni berlarutan sehingga habis trimester pertama.

Cabaran hamil trimester pertama

  • Emosi - Seriously memang masa ni emosi teruk sangat tak boleh control macam roller coaster. Kerap menangis, kerap marah, kerap macam-macam lagi. Jadi minta kerjasama suami supaya faham sebab benda ni bukannya mengada-ngada. Saya juga kerap murung je dengan macam-macam benda kecil pun boleh emo. Tetiba terus teringat mak kat kampung yang bersusah payah beranakkan kita. Terima kasih mok cun! :')
  • Teman - Biasanya dari apa yang saya baca, orang mengandung ni akan cepat touching juga terutamanya terasa dengan suami. Jadi suami kena mainkan peranan penting selalu teman isteri  dan tengar bebelan isteri anda walaupun macam malas nak dengar. Ini untuk mengelakkan beliau murung atau meroyan di kemudian hari k?
  • Badan berangin - Yes, nak tahu macam mana badan berangin? Anda akan rasa mual dan kerap nak sendawa terutamanya sebelum tidur atau waktu malam. Saya paling teruk rasa mual dan sendawa ni pada waktu malam dan ia selalunya akan menjurus kepada muntah. Jadi untuk itu, memang sokongan padu suami penting untuk mengurut belakang badan. Jangan urut perut puleks. Kalau pasangan busy, anda boleh cuba tips kurangkan angin seperti:
  1. Kurangkan minuman bergas berangin seperti air dalam tin macam Coke atau makanan berangin seperti yang ada bunga kantan.
  2. Makan jangan gelojoh dan bersulam dengan air. Yes, ini yang saya alami sendiri, makan pelahap terus rasa nak muntah.
  3. Kurangkan makanan yang bergula. Membantu juga ini.
  4. Belajar teknik pernafasan yang betul untuk mengelakkan angin masuk ke badan.
  5. Lain-lain boleh baca di sini ( tips lain )
  • Pendarahan kecil - Saya alami pendarahan kecil ni sekitar 8 minggu - 9 minggu macam tu. Masa ni ingat lagi kat Melaka ada kerja luar, bangun pagi-pagi tengok macam ada tompokan darah. MENGGELABAH GILA. Sebab tahu diri sendiri lasak dan kehulu kehilir masa ni, dan bila tahu tu memang call semua orang kot gelabah gila. Tapi time ni dah redha dah. Lepas tu kurangkan lasak dan alhamdulillah tanya kawan-kawan yang lebih berpengalaman, tompokan tu nama dia 'implantation bleeding' - dan ianya biasa berlaku within the first six to 12 days after you conceive as the fertilized egg implants itself in the lining of the uterus ( sumber )
  • Lasak - Yes, disebabkan saya ni amat rajin berjalan dan ke hulu ke hilir, memang kena kurangkan sangat aktiviti masa trimester pertama. Even puasa pun tak digalakkan masa trimester pertama sebab baby dalam perut baru nak membentuk dan sangat-sangat fragile. Masa dah 8-10 weeks macam tu saya terbang pula ke Korea atas urusan kerja, pun dah redha dan 50-50. Sebab ada yang rahimnya tak kuat, boleh mengalami keguguran bila naik flight. So yeah, bila dah masuk trimester kedua ( 4 bulan macam tu ) anda dah boleh buat yoga ringan dan juga senaman untuk ibu mengandung.
  • Berat badan - Haha lain ibu lain badannya. Disebabkan saya ni mood makan mencanak dari trimester pertama lagi, memang berat badan saya naik teruk juga la. Setakat ni dah naik dekat 10kg lebih. Ada juga ibu yang naik 4-5kg je since first trimester. Cara nak kawal berat badan tu, kenalah kawal pemakanan ye ibu-ibu seperti kurangkan makanan bergula dan berlemak. Sebab takut bila cek gula dalam badan nanti, tinggi bacaannya. Hehe. Kena juga makan makanan berzat tau supaya hemoglobin ( HB ) tu normal dan tidak rendah ye.

Tips pemakanan dan nutrien tambahan semasa hamil 

Makanan semasa hamil/mengandung

Makanan semasa hamil/mengandung

Okay, lain orang lain pantang dia. Ada yang tak boleh makan tu ini, tapi bagi saya personally ia bergantung kepada ibu-ibu sendiri. Macam saya, masa trimester pertama ya Allah punyalah suka minum air teh ais atau teh tarik. Memang berselera makan sangat-sangat. Tapi tekak saya tak boleh terima minum air kosong, rasa pahit je. Saya juga taklah berpantang sangat makan, still makan juga kek dan manis serta kopi dan teh. Tapi memang kurang sangat minum kopi sebab tekak kurang menerima.

Kalau orang kata nak hilangkan loya kena makan asam kan? Saya nak hilangkan loya kena makan coklat atau dark chocolate. Pelik betul. Saya memang tak craving makan masam atau asam langsung.

Sepanjang kehamilan saya amalkan makan acid folic dan multivitamins Elepro sahaja. Saya juga rajin makan buah-buahan segar dan minum susu segar.

Ini adalah artikel mengenai pemakanan saya sepanjang saya hamil --> Link: Senarai Makanan Tambahan Dan Suplemen Semasa Mengandung

10 jenis makanan dielakkan sepanjang mengandung

Ini adalah 10 jenis makanan yang saya elakkan sepanjang mengandung trimester pertama, disebabkan saya tak minat dan malas nak cari pasal.

  1. Nenas
  2. Air kelapa muda
  3. Asam atau benda yang terlalu masam
  4. Manjakani
  5. Air bergas ( kalau craving sangat, saya minum 1-2 sip je. Saya takde pantang terus )
  6. Laksa ( sebab bila saya makan, terus saya demam dan badan penuh angin )
  7. Telur separuh masak ( mengelakkan salmonella dan virus pada bayi. saya makan bila dah masuk trimester kedua. Ada yang langsung tak makan tahu. Depends dengan mommies sendiri )
  8. Daging kambing ( ni sebab saya sendiri tak lalu nak makan )
  9. Tapai ( makanan tajam, mohon elakkan )
  10. Sushi ( saya bedal masa dah masuk trimester kedua )

Tips extra untuk first time mommies atau ibu yang dalam trimester pertama

  1. Always solat sunat Dhuha, Hajat dan Tahajjud jika ada masa terluang. Ya, badan pun kena jaga, tapi rohani pun sama. Doa banyak-banyak agar Allah permudahkan perjalanan pregnancy kita.
  2. Selalu buat bacaan terutamanya dari segi do and dont sepanjang pregnancy. Sebab hanya kita yang mengenali badan kita. Jangan selalu dengar cakap orang sangat terutamanya bab pantang larat yang kadang-kadang mengarut.
  3. Mesti selalu tanya doktor kalau ada sebarang kemusykilan mengenai apa-apa simptom pada badan kita. Jangan tanya di Facebook terlalu kerap tau. Depa bukan doktor pun hehe.
  4. Ohhhh, bagi yang planning nak bersalin secara FPP ( full paid patient ) di Hospital Putrajaya atau Selayang, anda boleh booking slot seawal 3 bulan kehamilan ye. Sebab saya try nak booking bila dah 7 bulan mengandung, slot penuh sampai lah September 2017. Haaa, servis FPP ni katanya setanding hospital swasta, tak perlu berebut katil apa semua. Jadi, jangan berlengah lagi.
Wajah kembang dengan jayanya dikala 7 bulan mengandung inippppp! T_T

Wajah kembang dengan jayanya dikala 7 bulan mengandung inippppp! T_T

InsyaAllah nanti saya akan kongsi booking hospital untuk bersalin dan kosnya sekali sebab bagi saya amat penting bagi first time mommies. Saya ni boleh dikatakan kategori blur juga, nasib baik dapat slot checkup di HUKM ( semi private ) dan hospital swasta di tempat saya. Just incase beranak secara Czer ( caesarian / pembedahan ) ,saya boleh option di HUKM elbih murah

About author Lihat semua post

aidasue

1 KomenLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *