Aida Sue

[ Review ] Harich Beauty Vitamin C Serum – Efek Instant Glow!

FullSizeRender (41)
Assalamualaikum, So semalam kita berborak dengan kawan kita ( dah lama tak jumpa dia sebenarnya ) dan dia tegur, kulit kita dah makin segar dan cerah. Kita jawablah: "aku edit pakai apps lah!" sambil ketawa. Tapi dia tegur tu guna nada serius dan betul-betul nak tahu apa rahsia kulit dah takde masalah. Bila dia dah serius nak tahu tu, kita pun buka cerita. Sebenarnya ada banyak elemen yang menyumbang kepada wajah kurang bermasalah terutamanya apabila mengandung. Bila mengandungkan, pelbagai hormon keluar, lepas tu pulak tak boleh makan vitamin atau suplemen sembarangan. So ada ibu mengandung yang stress sebab kulit 'breakout', kulit kusam dan banyak lagi masalah. Nak kena hadap 9 bulan tu, jangka masa yang lama juga.

Amalan Kecantikan Saya

Macam saya, saya lebih suka pakai seminima mungkin kalau nak keluar rumah. So saya akan apply pelembap, sunscreen, foundation dan tak lupa Serum Vitamin C dari Harich Beauty. Simple kan? Botol comel je so senang nak bawa ke mana-mana. Kadang-kadang kalau malas nak apply mekap balik selepas solat, just calit je Serum Harich Beauty ni kat muka. Okay macam mana saya tahu pasal Serum Vitamin C Harich Beauty ni? Sebab ada satu masa tu, saya cari apa serum yang boleh dipakai dengan mudah, berkesan lepas tu dapat efek instant glowing. Kemudian saya nampak founder Harich Beauty promote dekat timeline Facebook. Wah, memang rezeki nak cuba Serum Vitamin C ni. Saya pun order dari dia, dah alhamdulillah dah cuba pakai seminggu. FullSizeRender (41)

Kebaikan Serum Vitamin C Harich Beauty

harich-beauty-serum-vit-c-1
  • Serum ni mampu mengecilkan liang pori di wajah dan leher anda.
  • Mengurangkan jerawat halus didahi dan juga jerawat besar dalam masa yang singkat
  • Mampu mengurangkan jeragat di wajah.
  • Serum ini mempunyai bahan anti oksidan yang juga agen awet muda
  • Ia juga mampu merawat masalah kulit jika anda tersalah pakai produk kecantikan dengan kandungan Vitamin C yang tinggi
  • Vitamin C juga mampu merawat masalah kulit terbakar (sunburn)
  • Sudah semestinya kulit bertambah cerah, lembap, sekata dan juga memberikan efek glowing.

Review Serum Vitamin C Harich Beauty

So far saya selesa pakai serum ni, dan paling jelas kulit rasa lebih lembap dan kurang kusam walaupun tidak bersolek. Cara nak pakai pun mudah, hanya titiskan serum sebanyak 3 titis lepas tu sapu rata pada kulit yang sudah dibersihkan. Mudahkan?

Teksturnya pun cepat kering dan tidak melekit bila dah sapu pada wajah dan paling penting, tidak berwarna. Selepas pakai serum, dah boleh pakai pelembap, foundation dan seterusnya make-up! Senang sangat-sangat dan tak perlu buang masa pakai produk lain dah. Okay kat sini saya nak share sikit macam mana nak pakai Harich Vitamin C Serum ni dekat bibir sebelum oleskan gincu k? So bibir tidak akan merekah dan lembap je sepanjang masa.

harich-beauty-serum-vit-c-2 harich-beauty-serum-vit-c-3 harich-beauty-serum-vit-c-4 FullSizeRender (42)

  1. Bersihkan bibir. Kalau merekah, anda boleh gunakan lip scrub ataupun berus gigi dan sental sikit bagi kulit mati tu hilang.
  2. Keringkan bibir dengan tisu atau kapas.
  3. Titiskan Harich Vitamic C Serum di atas bibir dan sapu rata agar lembap.
  4. Sapukan gincu atau lipmatte. Siap!
harich-beauty-serum-vit-c-5 harich-beauty-serum-vit-c-6

Harga

Sekarang Harich Beauty Vitamin C Serum ada buat promosi POSTAGE PERCUMA, walaupun anda beli 1 je serum ni.

Harga RM79 sahaja FREE POSTAGE (semenanjung)

Harga RM85 FREE POSTAGE (Sabah & Sarawak)

Ini info lanjut mengenai Harich Beauty Vitamin C Serum

Facebook https://www.facebook.com/harichbeautyserumvitaminc/

Instagram https://www.instagram.com/harichbeauty/

Alamat:Monsterdeal, 5-19-02, First Floor, Jln Pusat Medan 8A, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

(Instagram: https://www.instagram.com/monsterdeal/ )

About author Lihat semua post

aidasue

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *