Aida Sue

Nak Muka Sentiasa Berseri & Remaja? Krim Malam Ini Penawarnya!

10
Hello ladies ( & gent too! ) Lama kita tak update pasal skincare regime kan? Dulu masa dekat sekolah asrama, saya ada sorang kawan ni. Kalau dia bersiap memang makan 1-2 jam sebelum pergi kelas. Bayangkanlah kita dah lah student, duduk asrama dan dorm, memang takde masa. Tapi dia ni memang rajin sejak dari sekolah jaga kecantikan. Pesan dia dekat saya yang paling saya ingat sekali sampai sekarang adalah:   “Kalau nak cantik kenalah invest sikit”.   So bukan setakat kena rajin bersenam, tapi kena juga spend duit sikit untuk beli produk kecantikan yang berkualiti dan bermutu. Okay, sebelum ni, saya ada cerita mengenai rejim kecantikan pada waktu siang yang biasa saya amalkan, hari ini saya nak cerita sikit mengenai rejim kecantikan pada waktu malam pula.   Bagi yang kurang arif, sebenarnya krim pelembap siang dan malam berbeza tau. Dari segi kandungan khasiat, SPF dan juga kepekatan krim tu (biasanya krim malam lebih pekat).   Bila saya makin dewasa, saya belajar yang kalau kita sayangkan kulit wajah dan nak nampak sihat, lembut, cantik dan berseri, kena pilih produk kecantikan yang terbaik. Bukan harga jadi ukuran ye ladies, tetapi kualiti dan result bila dah pakai.   Untuk penjagaan kulit pada waktu malam, saya tetap pilih Olay Regenerist Miracle Duo iaitu kombinasi Regenerist Mircale boost youth dan Olay Regenerist Mirco-Sculpting Night Cream. Seperti sebelum ini, untuk rejim penjagaan kulit pada waktu malam, pun saya tetap carik produk yang bila kita pegang, rasa dan bau terus rasa yakin nak gunakan, yakin dengan resultsnya seolah-olah “I feel good” dan “This is the one.”   Okay ini adalah produknya, tadaaaaaa!  
5 tips penjagaan muka paling simple untuk malam sebelum tidur

5 tips penjagaan muka paling simple untuk malam sebelum tidur

 

1. Bersihkan wajah dengan makeup remover

  Ini penting kepada siapa yang memang pakai alat solek setiap hari. Ada makeup remover yang jenis beralkohol, water based dan juga organic. Macam saya, saya lebih suka pakai baby oil yang diletakkan di atas kapas. Ia kurang berminyak dan berkesan membuang makeup pada wajah tau. Selain tu juga saya memang suka pakai baby oil di badan saya untuk mengelakkan kulit kering.  

2. Cuci wajah ( skrub sekali seminggu )

  Yang ini kena pastikan pencuci wajah tidak membuatkan kulit anda kering selepas pakai. Kalau produk tu membuatkan kulit kering ataupun ketat je, maknanya ia tak sesuai dengan kulit sis okay.  

3. Pakai toner ( saya rasa ini optional kot? )

Fungsi toner ini sebenarnya membersihkan akses kotoran lepas kita cuci muka. Bagi sesetengah orang, mereka suka pakai toner ni sebab membuatkan muka rasa lebih fresh ( saya pula ikut kerajinan ).  

4. Pakai serum atau essense

Ini adalah elemen terpenting bagi sayalah. Sebab kulit muka saya agak kusam sebab selalu pakai makeup, jadi memang saya suka spend sikit pakai essense dan juga dah semestinya pelembap.   Untuk essense, saya lebih selesa guna Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence. First sebab dia tak menyebabkan kulit muka melekit. Dan rasa nipis dan tekstur pun ringan je bila pakai kat muka.   Untuk esen ini, biasanya dipakai selepas wajah sudah dicuci bersih dan dipakai sebelum wajah disapukan krim pelembap. Yang bestnya esen ni mampu meningkatkan pembaharuan sel kulit kita dan juga kesan anti penuaan dua kali ganda daripada biasa. Kalau pakai dengan baik, insyaAllah kulit kita akan nampak 10 tahun lebih muda daripada umur, haaa, nak ke tak nak? Hihi.   Cara nak pakai Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence ni senang je. 2 3   Pakai dua kali sehari pada waktu siang dan malam. Seeloknya pakai selepas pakai toner dan juga sebelum serum/pelembap. Mula-mula hanya un-screw je penutup botol dan automatic essence akan diserap masuk ke dalam dropper. Tekan pump button untuk keluarkan essense dari dropper dan sapukan ke bahagian wajah dan urut sekata. Untuk kesan yang lebih baik, ambil 2 kali dos dropper tu. Settle.   4 5 Teksturnya pun best, tak melekit dan cepat je meresap ke dalam kulit. 6

5. Oleskan pelembap malam

  Untuk pelembap, asingkan penggunaan krim pelembap siang dan malam kerana krim pelembap malam ni tekstur dia lebih pekat dan khas untuk dipakai sebelum tidur. Jadi, saya pilih untuk menggunakan Olay Regenerist Mirco-Sculpting Night Cream. 7   Kenapa pelembap Olay Regenerist Mirco-Sculpting Night Cream best? 8   Sebab Olay Regenerist Mirco-Sculpting Night Cream mampu menganjalkan kulit dan meratakan warna kulit yang tidak sekata dan juga membuatkan muka kita glowing. 9   Teksturnya lembut dan cepat kering bila dah letak pada kulit. Just letak sikit pada tapak tangan ( lebih kurang duit syiling 20 sen ) kemudian ratakan pada kulit wajah. Buat urutan membuat untuk biarkan krim pelembap diserap oleh kulit.   Bila saya dah try pelembap Olay ni, fuhhh syok betul, sebab saya memang jenis suka krim malam yang pekat ni, rasa macam sedap je pakai sebelum tidur. Biasanya saya akan pakai toner dulu then pakai krim mata dan kemudian sapukan Olay Regenerist Mirco-Sculpting Night Cream. Siap! InsyaAllah kalau diamalkan, kulit muka kita kurang kering dia ( lebih-lebih kali bila dah umur meningkat ni, kulit mudah kering dan cepat berkedut ), dan rasa fresh je bila bangun tidur.   10   Okay, kalau sis semua nak tahu banyak lagi benefits produk Olay ni, sis boleh tengok link yang kita share ni okay? InsyaAllah bermanfaat disamping banyak lagi tips kecantikan yang best-best.   Baca lagi di sini: https://www.everydayme.com.my/tag/olay #OlayMalaysia #MiracleDuo

About author Lihat semua post

aidasue

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *