Aida Sue

[ Review ] Fame Cosmetics Matte Lip Cream, Mascara, Eyeliner

FullSizeRender (48)

Haritu kita berpeluang cuba brand makeup yang tengah meningkat naik ; FAME COSMETICS. Sesuai dengan nama dia yang dah famous nowadays, makeup Fame Cosmetics ni memang terkenal di kalangan MUA ( make-up artist ) Malaysia dan juga gegadis dan wanita tempatan. Skemalah pulak ayat.

Sebelum tu biar saya cerita sikit mengenai Fame Cosmetics ni eh?

Pemilik Fame Cosmetics ini adalah dari kalangan blogger juga iaitu Peej Burhan, Elly dan Filla Ibrahim dan dah mula bertapak di Malaysia sekitar akhir tahun 2015. Di antara produk awal Fame Cosmetics ni adalah Matte Lip Cream yang didatangkan dengan sembilan warna dan dua warna ‘Limited Edition’, sementara BB Cushion pula dihasilkan dalam dua tona warna iaitu fair dan natural diikuti produk maskara, penggaris dan pembayang mata serta pemerah pipi.

Kali ini kita nak review beberapa produk yang kita dapat dari penjual terhebat Fame Cosmetics Izzatul Azma iaitu Fame Cosmetics Mascara, Eyeliner dan juga Matte Lip Cream code Gossip.

THE BEST EVER FAME COSMETICS MATTE LIP CREAM

fame-lip-cream

Oleh kerana saya memang dah banyak review produk terutamanya mekap dan produk penjagaan kulit, mula-mula saya memang agak skeptikal dengan produk tempatan. Yes, sedih betul mindset kita. Then bila dah dapat cuba Matte Lip Cream Fame Cosmetics ni, kita rasa sangat WOW!

  • Aplikasi : Sangat mudah. Anda boleh juga berus lipstick asing untuk sapuan lebih details ataupun guna je brush dia sendiri. Easy to use, no smudge and overall amat berpuas hati.
  • Warna: Oleh kerana i nak warna lips matte yang ala-ala pink & terang, i chose code Gossip. Sangat berpuas hati sebab lebih kurang sama dengan gambar promosi code ini di media sosial. Paling best, kalau nak nampak soft pink, korang boleh combine dengan lipstick warna nude dan calit sikit Fame Cosmetics Lip Cream ni atas dia dan mix kan. Terus jadi warna lain pulekkk!fame-lip-cream-4fame-lip-cream-3
  • Tekstur: Sangat pigmented dan pekat. Tak perlu pakai banyak kali macam sesetengah jenama lain yang teksturnya sangat cair. Zasss terus terletak cantik atas bibir, tak tipu dan cepat kering! Ini part yang paling saya WOW!
  • Harga: RM29 JE EACH. Ada 9 warna + warna limited edition ye ( lihat di bawah )
IMG_2599

Fame Cosmetics Pen Eyeliner

fame-cosmetics-3

Saya memang pemakai tegar pen eyeliner, yang selalu saya beli di Sephora. BUT BUT BUT BUT, bila pakai eyeliner ni, terus rasa nak tegar jadi pemakai eyeliner Fame Cosmetics sejati.

  • Aplikasi: The eyeliner tip tu sangat tajam dan pemakaian pun smooth je atas mata. EASY TO USE. Paling best sebab mata berus eyeliner tu halus, kita boleh pakai eyeliner ikut ketebalan yang kita nak kat mata kita.
  • Warna: Ofcourselah hitam, so takde masalah pemilihan warna haha.
  • Tekstur: Licin dan blend well di atas mata. Tak kering dan no need second application ye. Terus ZASSSS satu line je atas mata melainkan nak buat cat eye look. I REALLY LIKE THE TEXTURE! Yang paling penting, eyeliner ni senang nak dibersihkan kalau nak solat. 🙂
  • Harga: RM29 sebatang. Harga kasih sayang.
IMG_2597

Fame Cosmetics Black Volume Lash Waterproof Mascara

fame-mascara-2

Berapa kali nak cakap, i sangat berpuas hati dengan produk Fame Cosmetics ni? Seriously tak hard selling, cuma saya bagitau benda yang benerrrr.

fame-mascara

  • Aplikasi: Sangat mudah dan tidak berketul-ketul. Sebelum memakai maskara, u all kena bentukkan bulu mata dulu ye bagi lentik, then baru pakai maskara. Barulah bulu mata uall macam merak kayangan dan galak. Hiks.
  • Warna: Hitam ye, so jangan risau, mata akan menjadi galak persis Ziana Zain.
  • Tekstur: Tidak berketul, berbiji-biji dan smooth je di bulu mata. Kalau tak percaya, boleh cuba.
  • Harga: RM45 each. Murah kan? Kalau kata mahal tu, takpalah. Boleh kumpul duit beli, insyaAllah berbaloi.
IMG_2595

Hasil Akhir

IMG_2593

Produk Fame Cosmetics

Fame Cosmetics ni ada banyak produk lain juga, boleh rujuk gambar di bawah untuk senarai produk dan harga.

famecosmetics

  1. BB Cushion RM55
  2. Eyeliner RM29
  3. Mascara RM45
  4. Lipmatte RM29
  5. Makeup Bag RM29
  6. Pocket Mirror RM5

Depa punya BB Cushion pun not bad tau.

bbcushion

BB Cushion tu apa? BB Cushion ialah BB cream yang dipackkan dalam bentuk compact. Senang je boleh simpan dalam handbag. Nak pakai ambil je, terus tepuk-tepuk perlahan di muka. Tak perlu nak angkut foundation, concealer la, beauty blender la, berus semua. BB Cushion ada semua tu dan boleh cantikkan wajah dalam masa seminit sahaja.

Kebaikan Fame BB Cushion (RM55)

  • - Pemutihan
  • - Perlindungan UV yang kuat dan formula anti peluh
  • - Mengandungi SPF untuk lindungi kulit dari pancaran matahari
  • - Memberi kesan pelembapan pada kulit
  • - Tona kulit sekata dan terus menyerap ke liang sebum
  • - Mengurangkan minyak pada kulit wajah
  • - Membolehkan solekan bertahan sehingga 12 jam tanpa perlu sentuhan semula (touch up)
  • - Menutup cela dan parut pada kulit wajah
  • - Mudah dibersihkan dan Mesra Wudhu.

Kat mana nak beli Fame Cosmetics ni?

Facebook : https://www.facebook.com/izzatul.azma

Instagram : https://www.instagram.com/famecosmetics.lover

Whatsapp : 0196683098

Email : izzatul.azma@gmail.com

COD: Subang Bestari dan kawasan berdekatan.

About author Lihat semua post

aidasue

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *