Aida Sue

[ Review ] Mousse Makeup Remover Mesra Solat Dari Shee Beaute

MIRACLE FRESH MOUSSE MAKEUP REMOVER dari SHEE BEAUTE

Disebabkan pekerjaan kita kena selalu pakai makeup, jadi of courselah makeup remover yang baik sangat penting terutamanya kalau kena pakai solekan tebal. Kulit i agak sensitif sikit, jadi i kena cari cleanser dan makeup remover yang sesuai dengan kulit supaya lepas pakai, kulit tak rasa kering sangat dan merah-merah pedih.

So far, banyak makeup remover atau pembersih mekap yang i dah cuba daripada makeup remover wipes, alcohol, non alcohol, oily makeup remover oil, you name it, semua i dah cuba. Setakat ni semuanya hampa sebab selalu bila lepas pakai, muka i jadi merah-merah and pedih plus rasa kering.

IMG_3144 (1)

Hari ini i nak cuba pula makeup remover mousse type. Yes, first time cuba MIRACLE FRESH MOUSSE MAKEUP REMOVER from SHEE BEAUTE. I am sooo excited because i really hope that this product won’t make my skin dry and rashy macam makeup remover lain. So here goes my honest review for the product.

Apa yang bestnya makeup remover ni?

MIRACLE FRESH MOUSSE MAKEUP REMOVER dari SHEE BEAUTE

MIRACLE FRESH MOUSSE MAKEUP REMOVER dari SHEE BEAUTE

  1. Ia mampu menanggalkan alat solek secara efektif. Termasuk bedak asas, solekan mata termasuklah maskara kalis air.
  2. Mudah digunakan dan dibawa kemana sahaja kerana saiznya yang comel. Senang untuk membersihkan solekan sebelum solat dan sebelum tidur.
  3. Tidak mengandungi alkohol.
  4. Sangat menyegarkan selepas cucian dan tidak membuatkan kulit wajah kering dan kemerah-merahan selepas dipakai.
  5. Produk MESRA SOLAT - Tiada alkohol dan tidak melekat pada kulit. Buih-buih pada mousse akan mencuci solekan dengan bersih kemudian hanya perlu bilas dengan air.
  6. Tidak berminyak - Selepas dipakai, ia tidak meninggalkan kesan berminyak pada kulit. Selain itu juga anda tak perlu menggunakan kapas untuk menanggalkan kesan solekan pada wajah. Jimat!

REVIEW MIRACLE FRESH MOUSSE MAKEUP REMOVER dari SHEE BEAUTE

MIRACLE FRESH MOUSSE MAKEUP REMOVER dari SHEE BEAUTE

Pump yang senang digunakan

MIRACLE FRESH MOUSSE MAKEUP REMOVER dari SHEE BEAUTE

Cara penggunaan di belakang produk

First of all, makeup remover ini jenis berbuih aka mousse type. So cara pakai pun macam pakai pembersih muka ( cleanser ). Kat sini cara-cara cara pemakaian yang disarankan:

Cara penggunaan Mousse Makeup Remover

IMG_3143

  1. Goncang botol sebelum guna
  2. Pump 2-3 kali di atas tapak tangan yang kering
  3. Sapukan mousse (foam) pada wajah dan kemudian bersihkan solekan dan kotoran pada wajah anda.
  4. Bilas wajah dengan air.
  5. Jika solekan tebal, anda boleh double cleanse the face ya.

Yes, seperti yang Shee Beaute cakap, memang tekstur mousse ni ringan je, tak tebal dan makeup pun senang sangat ditanggalkan. Paling best part tak perlu pakai cotton/kapas untuk tanggalkan alat solek! Okay selalunya saya akan ke meja solek dahulu, tanggalkan alat solek dengan makeup remover pakai cotton, then baru ke bilik air untuk membersihkan wajah dengan pencuci wajah.

Tapi dengan kehadiran Miracle Fresh Mousse Makeup Remover ni, saya dah tak perlu ke meja solek dah. Sebab saya letak je mousse remover ni sekali dengan cleanser di bilik air :’) Lepas pakai mousse remover, boleh pakai cleanser terus! Yay! I’m a happy mommy. PLUS, TAK PERLU MEMBAZIR KAPAS PLEASE? Jimat masa untuk wanita-wanita busy (eh busy makan je pun :p ) macam saya.

Berapa lama 1 botol bertahan?

Sebotol Miracle Fresh Mousse Makeup Remover bersaiz 60ml mampu bertahan selama 2 bulan jika digunakan setiap hari, jika jarang guna maknanya ia mampu bertahan lebih lama.

Harga dan promosi

Sekarang ni, Shee Beaute ada membuat promosi dimana anda akan mendapat 1 Brushegg ( pembersih berus solekan ) dengan setiap pembelian 1 botol Miracle Fresh Mousse Makeup Remover 60ml. Harganya pula adalah RM60 ( Semenanjung Malaysia ) / RM65 ( Sabah & Sarawak ).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari:

Facebook fanpage/page: Shee Beaute (https://www.facebook.com/sheebeaute/ )

Instagram: @shee.beaute (https://www.instagram.com/shee.beaute/)

Whatsapp to order: +6012 2211 793

 

About author Lihat semua post

aidasue

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *