Aida Sue

[ Review ] Diamond Silk Peel Treatment Di Hannan Medispa Ampang

hannan-2

Hi dan assalamualaikum semua,

Hari ini penulis ingin berkongsi pengalaman sendiri membuat rawatan wajah di spa kecantikan wajah yang sedang meningkat naik di Malaysia iaitu Hannan Medispa Ampang.

1

Saya mengalami masalah kekeringan kulit mungkin akibat perubahan hormon semasa mengandung. Jadi saya ingin mencuba rawatan wajah dan mendapatkan sesi konsultansi bersama Beauty Expert di sini. Yang menariknya, setiap rawatan wajah akan diberikan mengikut spesifikasi kulit wajah pelanggan selepas satu sesi analisis kulit terperinci dilakukan.

Rasanya semua sudah maklum mengenai Hannan Medispa yang sudah mempunyai 17 cawangan di serata Lembah Klang, dan Hannan Medispa cawangan Ampang ini adalah yang paling istimewa kerana ianya terletak di lokasi yang mudah untuk dikunjungi dan menggunakan sebuah banglo mewah dengan tempat letak kereta yang banyak untuk memudahkan pelanggan datang. Ianya terletak kira-kira 5 minit perjalanan menaiki kereta dari pusat beli belah Ampang Point.

Selepas rawatan, anda boleh berehat di ruang rehat atau solat di surau yang disediakan di Hannan Medispa Ampang yang selesa ini dengan hidangan teh dan juga kek serta biskut secara percuma. Ada juga ruang untuk kanak-kanak bermain tau, jadi para ibu tak perlu risau okay? Baby and kids friendly spa.

This slideshow requires JavaScript.

Mengenai Hannan Medispa

Saya cerita serba sedikit mengenai Hannan Medispa Ampang secara umum. Medispa ini menyediakan terapi kecantikan untuk kulit muka bagi mengatasi masalah seperti:

  • Jerawat
  • Pigmentasi
  • Jeragat
  • Parut
  • Kulit Kering
  • Mencerahkan kulit

Dan juga menyediakan pakej rawatan kecantikan seperti Cleopatra treatment, Oxycryo, Magic Peel, Whitening Peel, Carbon Peel, Flawless Skin Therapy, Super Jegarat Therapy, Ultimate Diamond Silk Therapy dan banyak lagi.

Bagi yang ingin menguruskan badan pula, Hannan Medispa Ampang ada menyediakan rawatan Fat Freezing Therapy dan juga V Shape treatment dengan harga yang amat berpatutan. Fat freezing therapy merupakan teknologi terkini dari Korea Selatan untuk pelangsingan badan tanpa bedah atau suntikan. Lemak pada badan disedut dan dibekukan secara terkawal oleh mesin terkini yang terdapat di medispa ini tanpa kesan sampingan.

Ada juga pakej kecantikan lain seperti Eyelash Perming, Sexy Lips treatment dan lain-lain.

Apa istimewanya Hannan Medispa Ampang?

Bagi pelanggan yang beragama Islam, Hannan Medispa Ampang ini adalah medispa patuh syariah, spa muslimah dan kesemua pekerjanya adalah beragama Islam dan wanita. Ahli terapi wanita ini akan mengenakan sarung tangan ketika merawat pelanggan lelaki. Rundingan kecantikan di sini diberikan oleh Beauty Expert terlatih berdasarkan analisis kulit seperti yang saya katakan di awal artikel tadi. Rawatan yang akan dicadangkan hanya berdasarkan apa yang diperlukan oleh pelanggan. Anda juga tak perlu risau kerana Hannan Medispa menyediakan pakej rawatan kecantikan dengan harga yang amat berpatutan.

Beza Hannan Medispa Ampang dengan pusat rawatan kecantikan yang lain adalah Beauty Expert di sini berpengalaman luas di dalam industri farmaseutikal dan bukan sembarangan. Pemilik cawangan Hannan Medispa Ampang iaitu Puan Narqes Mohd Raimi sendiri mempunyai Ijazah dalam bidang Farmasi dan setakat ini memiliki 2 cawangan Hannan Medispa iaitu di Ampang dan juga Rawang. Puan Narqes juga mempunyai latihan dan amali yang telah dilatih secara langsung oleh pengasas Hannan Medispa iaitu Dr. Hannan Yussof sendiri di cawangan Kota Bahru.

6

Review Rawatan Diamond Silk Peel di Hannan Medispa Ampang

Setelah melakukan analisis kulit, pakar perunding di sini mendapati kulit saya kusam dan juga terdedah dengan agen pemutih kulit yang melampau. Saya terkejut juga kerana pada awalnya saya ingat kulit saya kering akibat perubahan hormon semasa mengandung.

8

Oh sebelum terlupa, wanita mengandung juga boleh mendapatkan rawatan wajah di sini dengan selamat dan tanpa was-was. Jadi pihak Hannan Medispa Ampang telah mengesyorkan saya mengambil rawatan Diamond Silk Peel untuk melembapkan kulit disamping membuang bintik hitam dan bintik putih pada wajah saya. Ya, saya mempunyai masalah blackhead dan whitehead yang agak teruk juga, walaupun tiada masalah kulit lain.

IMG_0854

Diamond Silk Peel ini untuk mengembalikan keanjalan wajah dan membuang bintik hitam dan bintik putih pada wajah. Mesin yang diimport khas daripada Korea ini, berfungsi untuk menyegarkan kulit yang kusam dan kering, bersihkan kulit daripada kekotoran, mengurangkan pigmentasi (JERAGAT) di wajah, dan paling penting dapat kelembapan instant. Mesin ni best sebab selain menyedut bintik hitam dan putih selepas wajah distimkan, ia menyalurkan serum pada kulit wajah pada masa yang sama. Best kan?

9

Mula-mula wajah dibersihkan dengan pencuci muka dan skrub

Wajah distimkan dengan steamer selama 15 hingga 20 minit untuk mengeluarkan kotoran dan memudahkan bintik hitam dan putih keluar dengan jayanya.

Wajah distimkan dengan steamer selama 15 hingga 20 minit untuk mengeluarkan kotoran dan memudahkan bintik hitam dan putih keluar dengan jayanya.

Bintik hitam dan putih serta kotoran lain dikeluarkan

Bintik hitam dan putih serta kotoran lain dikeluarkan

Bintik hitam dan putih serta kotoran lain dikeluarkan.

Bintik hitam dan putih serta kotoran lain dikeluarkan. Di dalam botol itulah terdapat semua kotoran yang keluar dari wajah saya. Setelah sekian lama tak buat rawatan muka, punya banyak kotoran yang keluar.

Masker dipakaikan pada wajah selama 15 hingga 20 minit.

Masker dipakaikan pada wajah selama 15 hingga 20 minit.

Masker dipakaikan pada wajah selama 15 hingga 20 minit. Bagi pakej rawatan Diamond Silk Peel ini, sepatutnya RF dan LED therapy diberikan secara percuma. Namun disebabkan saya mengandung, saya dinasihatkan oleh Beauty Expert untuk tidak menjalankan rawatan tersebut. RF therapy dan topeng LED adalah seperti ini ya:

14

15

Selepas wajah saya dibersihkan dengan pencuci wajah dan skrub, wajah saya distimkan selama 15 minit. Kemudian, ahli terapi di sini terus menggunakan mesin terkini untuk infusi oksigen bersama serum khas sebelum memakaikan topeng masker khas selama 15-20 minit. Keseluruhan proses rawatan Diamond Silk Peel ini mengambil masa kira-kira kurang dari 45 minit untuk satu rawatan.

Terapi wajah Diamond Silk Peel  ini tidak menggunakan sebarang laser dan ia amat sesuai untuk orang kita disamping dapat mencerahkan kulit wajah dengan teknik cooling with oxygen. Proses ini juga menggunakan 100% oxygen infusion ke dalam kulit muka (tanpa suntikan) di campur dengan whitening serum. Memang hasilnya dapat dirasai sejurus selepas rawatan, kulit memang betul-betul licin, dan kita boleh nampak perbezaan sebaik sahaja selesai terapi ni.

Treatment Diamond Silk Peel ini hanya RM250 untuk satu sesi tetapi Hannan Medispa Ampang menyediakan pakej rawatan untuk 5 sesi dengan hanya RM1000 ( RM200/1sesi) dan 10 sesi dengan harga pakej RM1800( RM180/1sesi rawatan).

Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan rawatan Diamond Silk Peel di Hannan Medispa Ampang kerana bukan sahaja ia tidak perlu mengambil masa yang lama, bahkan rawatannya juga memberikan kesan sejurus selepas rawatan dilakukan.

Produk kecantikan eksklusif di Hannan Medispa Ampang

Produk kecantikan Hannan Medispa

Produk kecantikan Hannan Medispa

Yang menariknya, pelanggan juga boleh membeli produk kecantikan yang dijual esklusif di Hannan Medispa dengan harga yang amat berpatutan.

16

.

.

.

Bagi anda yang inginkan maklumat lanjut mengenai semua rawatan yang terdapat di Hannan Medispa Ampang, anda boleh layari:

Facebook: www.facebook.com/hannanmedispaampang

Instagram: hannanmedispa_ampang

Official Website: www.hannanmedispa.com.my

Lokasi: 301, Jalan 3, Ampang Utama, Ampang 68000

Telefon: 013-263 5007 / 03-42656442

Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam.

About author Lihat semua post

aidasue

3 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *