Aida Sue

Tips & Travel Macam Lokal Ke Jepun – 5 Hari 30 Tempat

TIps Melancong Ke Tokyo

Baru saya perasan yang saya tak pernah menulis mengenai Jepun walaupun saya belajar di sana dulu. Mungkin disebabkan saya datang dulu sebagai pelajar, jadi tak kisah sangat mengenai travel ke Jepun ni dan masa tu pula Facebook pun belum popular lagi ( nampak sangat dah tua, kah kah kah! ).

japan-trip-saitama-uni

Disebabkan dulu saya belajar di kawasan berdekatan Tokyo ( Saitama ~ lebih kurang 30-40 minit dari Minami Yono station to Shinjuku station ) saya nak kongsi sikit itinerari saya travel ke Jepun baru-baru ini ( baru tak baru lah, dah 2-3 tahun lepas 🙁 ) travel macam lokal, bermaksud saya pergi tempat popular dan yang saya sendiri suka jika bawa kawan-kawan berjalan di Tokyo.

30 Tempat Menarik Di Tokyo, Yokohama, Yamanashi & Chiba

IMG_3068

Saya dan rakan baik ke saya lebih kurang 5 hari 4 malam. Sebenarnya niat saya nak ajak dia melihat tempat belajar saya di Saitama, jadi dia boleh rasa pengalaman saya sewaktu menetap di bumi Sakura selama lebih 4 tahun. Banyak juga tempat yang kami pergi selama 5 hari 4 malam tu termasuklah ke kawasan Kawaguchi-ko berdekatan dengan gunung Fuji (kami pergi balik hari ).

Cuma tempat menarik saya ni fleksibel. Yes, saya pergi ke semua tempat di bawah dalam masa 5 hari ( termasuk trip ke Saitama yang saya tidak masukkan di sini )

Berikut adalah tempat yang kami lawati sepanjang berada di sana. Ini kira tempat wajib untuk saya bawa keluarga dan kawan-kawan kalau depa datang Tokyo. Cuma kat sini saya nak share macam mana nak buat trip balik hari ( 1 day trip ) ke Kawaguchiko / Lake Kawaguchi yang berdekatan dengan kaki gunung Fuji

Tokyo Central (2 Hari)

  1. Tokyo Tower
  2. Tsukiji Fish Market
  3. Imperial Palace
  4. Akihabara
  5. Senso-ji
  6. Ginza
  7. Ueno Park
  8. Ameya-Yokocho Market
  9. Asakusa Shrine
  10. Meiji Shrine
  11. Tokyo Station
  12. Nakamisa Street ( kaminarimon )
  13. Roppongi
  14. Omotesando
  15. Tokyo Dome
  16. Shinjuku Park ( Sakura )
  17. Tokyo Mosque ( Camii )
  18. Shibuya Crossing

Minato-ku ( ½ Hari )

  1. Rainbow Bridge
  2. Odaiba Marine Park
  3. Miraikan
  4. Fuji TV tower
  5. Palette Town ( Ferris Wheel )
  6. Odaiba Itchome Shotengai
  7. Pilihan lain: Madame Tussauds Tokyo, Tokyo Joypolis, Odaiba Marine Park.

Yokohama ( ½ Hari )

  1. Yokohama Cosmo World
  2. Landmark Tower ( Hard Rock Cafe Yokohama )
  3. Sea Paradise
  4. Minatomirai

 Chiba ( 1 Hari ) - Tokyo Disneyland or Disneysea

Yamanashi ( 1 Hari ) - Lake Kawaguchi Day Trip

This slideshow requires JavaScript.

Trip Harian Ke Tasik Kawaguchi 

japan-trip-2

Tasik Kawaguchi terletak di sempadan Fujikawaguchiko dan Minobu, selatan Yamanashi Prefecture berhampiran Gunung Fuji, Jepun. Tasik ini adalah yang kedua terbesar dari segi kawasan permukaan, dan terletak di ketinggian yang paling rendah. Ia terletak pada ketinggian kira-kira 800 meter, yang menyumbang kepada musim panas yang agak sejuk dan musim sejuk yang kerap berais. Ia juga mempunyai garis pantai terpanjang mana-mana daripada Fuji Five Lakes.

Pengangkutan (tren/ keretapi)

  1. Ambil tren dari Shinjuku station ke Otsuki Station (bound for Kofu or Matsumoto via platform #10 – CHUO LINE / warna kuning). Perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam lebih. Tiket adalah percuma jika anda pemegang tiket Japan Rail Pass / bayar sekitar 1400 yen jika tiada pass). Jangan risau jika takut sesat sebab memang ramai tourist akan stop di tren station Otsuki ni. Hehe
  1. Kemudian, ambil tren kedua dari Otsuki ke Kawaguchiko station (Fujikyu Railway – tren dia macam oldschool sikit). Di sini ada dua jenis tren, ada yang stop satu-satu dan ada yang rapid train, tapi kena tambah sikitlah tambang. So kalau nak cepat, tunggu train yang rapid k. Harga tiket lebih kurang 1100-1500 Yen sahaja.
  2. Make sure korang tahu timetable train untuk BALIK sebab train dia tak kerap untuk merancang perjalanan anda.
IMG_2982

Tempat menarik di Kawaguchiko

Disebabkan saya malas nak ambil sightseeing bus, jadi kami menapak dari train station ke kawasan tasik Kawaguchi sahaja ikut penanda arah. Memang lalu kawasan rumah orang apa semua, jadi jangan risau. Bila sampai je kat sini, kami ambil return trip naik bot sightseeing (Kawaguchiko "En Soleil" – Excursion Ship ) untuk melihat tasik yang cantik sangat ni. Seriously kat sini korang boleh nampak gunung Fuji tu besar sangat dan memang sesuai ambil gambar dari bot comel sightseeing ni.

japan-trip-3 japan-trip-kawaguchi-ko

Lepas habis trip bot, kami pun makan di kawasan sekitar. Saya memang recommend makan Mi Soba di sini, seriously SEDAP.

IMG_3004

Ini adalah beberapa tempat menarik kalau korang nak ke Kawaguchiko. Memang banyak sangat attraction kat sini.

  • Kawaguchiko Hall of Herb & Fragrance
  • Fudo Chaya
  • Kawaguchiko "En Soleil" – Excursion Ship
  • Kachikachi-yama Ropeway
  • Kawaguchiko Natural Living Center
  • Saiko Iyashino-Sato Nenba (Healing Village)
  • Kawaguchiko Music Forest Museum

Tips Melancong Ke Jepun ( Tokyo )

  1. Saya tak beli JR Pass disebabkan saya travel ke kawasan sekitar Tokyo dan negeri berdekatan sahaja dalam masa 5 hari. Jadi tak berbaloi sangat. Anda boleh pakai JR Suica Card untuk kembara menggunakan pengangkutan Japan Railway. Mudah!
  2. Semasa saya ke Jepun, dah banyak perkhidmatan portable wifi. Tak perlu beli simcard, bawa sahaja portable wifi bersama anda semasa kembara.
  3. Kalau nak beli minyak wangi original murah dan juga souvenir seperti coklat, anda boleh beli di Ameyoko Street ( Ueno Station ). Masa saya study dulu pun, rajin saya memborong alat solek, perfume di sini! Semuanya original ya. Oh tak lupa, di sini pun ada kebab sedap dan best! Yang semestinya HALAL. IMG_2890
  4. Saizeriya Restaurant adalah merupakan tempat student Malaysia makan kerana ianya murah dan pilihan makanan ala Italian yang sedap. Cuma di sini tak ada logo halal. Tenya juga merupakan pilihan saya kalau dah hujung bulan. Ada tendon udang sedap bersama soba panas.saizeriya IMG_2879
  5. Tempat favourite saya kalau ke Odaiba, sudah semestinya Odaiba Itchome Shotengai di Decks Tokyo Beach. Kat sini korang boleh tengok suasana zaman Jepun dulu-dulu dan beli souvenir retro. Serious saya recommend tempat ni!
  6. Kalau anda mahu ke Tsukiji Market, iaitu pasar ikan paling terbesar di dunia, saya sarankan anda datang seawal mungkin. Kalau yang nak lihat lelongkan ikan tuna, ada yang kata kena datang 3-4 pagi ke sini. Saya datang ke sini sekitar jam 7-8 pagi untuk makan sushi segar. Ada banyak pilihan makanan laut segar dengan harga yang murah dan berpatutan.tsukiji
  7. Tempat penginapan pula, korang boleh book guna website ROCKETMILES. Sebab disamping booking tempat penginapan, korang boleh dapat mata ganjaran AirAsia BIG ye bermula 500 BIG points hingga 35,000 BIG points yang korang boleh redeem tiket flight PERCUMA. Ada lebih 400,000 destinasi best!
Website Rocketmiles

Website Rocketmiles

Mula-mula pilih destinasi, lepas tu pilih AirAsia BIG loyalty programme. Isikan butiran terperinci macam biasa.

Cara booking Rocketmiles

Cara booking Rocketmiles

Kemudian akan keluar pilihan tempat penginapan dan juga berapa AirAsia BIG points yang bakal anda dapat jika buat tempahan.

  1. Kalau nak tengok bunga Sakura tetapi tidak mahu membayar harga tiket yang mahal, anda boleh datang awal bulan Mac, walaupun bunga belum kembang lagi masa ni. Anda boleh ke Shinjuku Park. Taman ini berbayar, lebih kurang 200 Yen per entry, tapi anda berpeluang melihat bunga Sakura kembang di sini sebab bunga di sini kembang awal. Kalau nak beli tiket penerbangan ke Jepun awal, ofcourse kena pilih flight Air Asia sebab ada AirAsia BIG Loyalty Program.

Apa itu AirAsia BIG Loyalty Programme?

  • Pertama, korang boleh download BIG Apps di telefon pintar masing-masing.

( Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.airasiabig.redemption

 Apple Store: https://itunes.apple.com/us/app/airasia-big/id1180949683?mt=8 )

  • Lepas tu, boleh buat akaun dan kumpul mata ganjaran untuk dapatkan tiket penerbangan percuma ataupun beli pelbagai promosi best kalau korang buat akaun AirAsia BIG ni.
  • Korang boleh dapat priority akses untuk sebarang promosi tiket Airasia. Maknanya, korang dapat beli tiket flight awal 1-2hari dari orang-orang biasa yang tak ada akaun AirAsia BIG. Amacam? Rasa macam VIP kan?
  • Rasa macam nak ada banyak point dalam akaun AirAsia BIG ni, anda hanya perlu apply je kredit kad exclusive, lepas tu boleh dapat 25,000 BIG Points ( lepas tu boleh shopping kat Lazada, book hotel di Rocketmiles, ataupun convert je point korang kepada AirAsia BIG Points untuk redeem tiket flight PERCUMA!
Redeem Big Point AirAsia

Redeem Big Point AirAsia

Macam mana nak tebus mata ganjaran AirAsia BIG? Ada 3 step sahaja.

Tebus Airasia BIG point

Tebus Airasia BIG point

  1. Log masuk ke Redemption Portal AirAsia BIG Loyalty Programme
  2. Pilih sama ada anda nak redeem tiket penerbangan, hotel ataupun special redemption.
  3. Tebus guna BIG Points
  4. Kalau mata ganjaran anda tak mencukupi, anda boleh tunggu monthly Final Call Sale, AirAsia Free Seats Sale dan juga buat kombinasi tebus BIG Points + Tunai. Mudah je.

About author Lihat semua post

aidasue

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *